Tanggal 03 November yang lepas, sekali lagi ana diberikan peluang untuk
menimba pengalaman sebagai seorang yang “garang” bagi adik-adik yang bergelar
pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Bawah Bayu ini . Tidak kisahlah
segarang mana, yang penting pengalaman sedemikian sememangnya membantu diri
yang kerdil ini lebih memahami dan mengenali dunia yang penuh dugaan ini.
Firman Allah S.W.T
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-
Memaparkan catatan dengan label Kebudayaan dan Kesenian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebudayaan dan Kesenian. Papar semua catatan
Muharam 1433 Hijrah
Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam ataupun lebih dikenali sebagai tahun Hijrah. Sebelum Rasulullah berhijrah
dari Makkah ke Yathrib yakni Madinah, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah
Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah
Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Eidul Adha :)
"Daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Eidiu Fitri dan Eidul Adha."
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Haramkah menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran?
Bersempena dengan hari kelahiran ana pada esok hari, terlintas pula di kepala ana mengenai hukum menyambut hari kelahiran yang sudah menjadi kebiasaan orang kita untuk mengadakan sesuatu yang special pada hari tersebut.
Persoalannya, apakah hukum menyambut hari ulang tahun kelahiran? Diharuskan atau diharamkan? Apakah dalilnya? Bagi menjawab semua soalan yang dilontarkan ini, berdasarkan pembacaan ana, ana akan cuba menghuraikannya pada artikel kali ini. Semoga ianya bermanfaat bagi semua.
Pengembaraan agung seorang Nabi
Tanggal 27 Rejab 1432 bersamaan 29 Jun 2011 merupakan salah satu hari kebesaran Islam dimana satu lagi tanda kekuasaan Allah S.W.T berlaku keatas diri Rasulullah S.A.W. Pada tanggal ini, Nabi Allah S.A.W diberikan satu lagi mukjizat (pendapat saya) kerana Rasulullah S.A.W diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T secara bersemuka ataupun “Face to Face”. Hal ini tidak pernah berlaku keatas mana-mana Nabi Allah sebelum ini selain Nabi Adam A.S.
Sambutan Tahun Baru Masihi dibolehkan atau tidak ?
Beberapa hari selepas sambutan Hari Natal atau lebih dikenali sebagai Krismas, akhir tanggal 31hb Disember dan awal 1hb Januari setiap tahun pasti akan diadakan sambutan yang sama seperti perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri yang disambut di negara ini. Namun, berapa ramaikah yang tahu hukum menyambutnya? Dan berapa ramai yang mengamalkannya? Tujuan artikel kali ini hanya untuk membuka pemikiran anda semua ataupun lebih kepada peringatan kepada saya dan anda semua.
Hukum Hari Natal ?
Bila diingat-ingat kembali, tarikh esok ialah 25 Disember 2010, satu tarikh yang bermakna bagi penganut agama kristian seluruh dunia. Apa yang ingin saya bangkitkan disini ialah apa hukum kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya. Semasa saya mencari rujukan, saya terbaca satu lagi persoalan yang saya rasa sering kali umat Islam pada hari ini melakukannya iaitu memberi ucapan selamat kepada mereka atau perayaan ini. Jadi, artikel kali ini bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran umat Islam mengenainya, bukan untuk memberi hukum kerana saya bukanlah seorang insan yang berilmu tinggi.
Langgan:
Catatan (Atom)




