Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Pendidikan Dalam Islam


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pendidikan Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana dengannya kita berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun manusia yang cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam al Quran terdapat banyak ayat yang mengutarakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia, bahkan penurunan al-Quran itu sendiri bermatlamat untuk mendidik manusia. Demikian juga dengan hadis dan sunnah Nabi Muhammad, banyak daripada riwayat-riwayat baginda yang menjurus kepada kepentingan pendidikan dalam memperkasakan tamadun ummah dan dikuatkan lagi dengan beberapa contoh tindakan yang baginda laksanakan dalam menggalakkan umat Islam untuk mencintai ilmu pengetahuan. 

Dakwah satu tuntutan - Bahagian 2

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Persoalan :


Apakah hukum berdakwah ?


Jawapannya :


Ulama masih berselisih mengenainya. Namun ada dua hukum berdakwah yang menjadi pertikaian para ulama iaitu : 

Dakwah satu tuntutan - Bahagian 1

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا

Merujuk kepada Web Wikipedia, sebuah ensiklopedia bebas, dakwah kebiasannya membawa maksud mengajak kepada Islam. Bahasa Arab دعوة  bermakna secara harfiah ataupun etimologis ialah "menyeru" atau "mengajak".Pandangan para ulama mengenai pengertian dakwah dari sudut terminologis pula ialah dakwah merupakan satu program yang lengkap, yang mana kesemua peringkatnya terselit  ilmu-ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Ini adalah merupakan pandangan Muhammad al-Ghazali. 

Tajwid

Alhamdulillah.  Dalam suasana "peperangan" ini, masih diberikan kekuatan untuk mengupdate blog yang sekian lama bersawang di laman sesawang ini.  "Peperangan" yang dimaksudkan disini ialah exam, bukan yang bertembak-tembak tu ar. :)


PENGERTIAN SIRAH

 
Memahami pengertian sirah itu sendiri akan sedikit sebanyak memberikan kesedaran ke atas diri kita sendiri mengenai betapa pentingnya mengetahui sirah kehidupan junjungan besar kita, nabi Muhammad S.A.W.  Menerusi pembacaan, menurut Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan bahawa As Sirah menurut bahasa bermaksud kebiasaan, jalan, cara dan tingkah laku.  Menurut istilah umum pula, ianya membawa maksud perincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang.

Yakinlah pada-Nya


Segala yang ditentukan pasti memiliki 1001 hikmah. Allah sengaja mendatangkan kita ujian yang sebenarnya merupakan salah satu cara Allah menunjukkan kerinduan-Nya kepada hambanya. Allah ingin melihat sejauh mana ketaqwaan hamba-Nya terhadap yang Maha Kuasa.

Rasm Uthmani & Rasm Qiyasi



Hubungi saya untuk mendapatkan softcopy dalam bentuk Microsoft Word. Sekian.

Kaedah Penulisan Rasm Uthmani


Ianya adalah satu ilmu yang membezakan mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi. Penulisan ini digunakan oleh Saidina Uthman pada zaman pemerintahannya untuk menulis kalimah-kalimah al Quran dan huruf-hurufnya. Dr Sya'ban Muhammad Ismail mendefinisikannya sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman. Penulisannya merangkumi tujuh huruf al Quran, ditulis tampa titik dan baris serta terdapat semasa semakan dan tidak dimansuhkan bacaannya.

INFO TERKINI


Admin telah mewujudkan satu ruangan baru. Ianya adalah ruangan telah diwujudkan bagi memudahkan perbincangan atau pertanyaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Untuk menggunakan aplikasi ini, sila daftarkan diri. Setelah mendaftarkan diri, anda boleh memasuki mana-mana ruangan perbincangan (tajuk utama) yang anda suka. Contohnya ruang Agama atau Pelajaran. Klik sahaja pada tajuk yang anda inginkan. Selepas itu, anda boleh menyertai atau memulakan perbincangan. Untuk menyertai, hanya klik pada tajuk (tajuk sub) yang tersedia. Kemudian, anda perlu menekan butang "QUOTE bagi memberikan respon atau komen dalam perbincangan tersebut. Untuk memulakan tajuk baru, klik pada butang TOPIC NOV.

Daftarkan diri anda disini.

Ceritera Hatiku

Sedih juga baca artikel "Ceritera Hatiku" tu. Tapi best. Banyak input dan InsyaAllah akan membuka hati sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk berubah. So, kepada sesiapa yang teringin sangat menikmati halawatul iman, silalah klik link di bawah ni. Untuk kebaikan semua, sebar-sebarkan. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...