Firman Allah S.W.T
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-
Memaparkan catatan dengan label Kemasyarakatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemasyarakatan. Papar semua catatan
Dakwah satu tuntutan - Bahagian 1
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا
Merujuk kepada Web Wikipedia, sebuah ensiklopedia bebas, dakwah kebiasannya membawa maksud mengajak kepada Islam. Bahasa Arab دعوة bermakna secara harfiah ataupun etimologis ialah "menyeru" atau "mengajak".Pandangan para ulama mengenai pengertian dakwah dari sudut terminologis pula ialah dakwah merupakan satu program yang lengkap, yang mana kesemua peringkatnya terselit ilmu-ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Ini adalah merupakan pandangan Muhammad al-Ghazali.
Siapa Wahabi - Bahagian 5 (Akhir)
السلام عليكم سموا
Berikut merupakan beberapa orang tokoh yang dikatakan sebagai golongan Wahabi :
1.
Muhammad bin Abdul Wahab
Seperti yang sedia maklum, Muhammad bin Abdul Wahab merupakan
pelopor utama dan juga boleh dikatakan sebagai pengasas kepada aliran pemikiran
Wahabi ini. Secara ringkasnya, antara
penyimpangan yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahab ini adalah mudah
mengkafirkan orang lain, melakukan persetongkolan demi kekuasaan, memerangi
umat Islam dan mendakwanya sebagai ghanimah dan masih banyak lagi penyimpangan yang
lain.
Siapa Wahabi - Bahagian 4
السلام عليكم سموا
Kali ini ana akan berkongsi beberapa maklumat yang ana dapati daripada beberapa pembacaan menerusi internet dan beberapa buah buku berkenaan permasalahan yang berlaku sehingga gerakan Wahabi ini dianggap menyimpang daripada jalan kebenaran. Menerusi buku karangan Syaikh Idahram,
saya mendapati bahawa ada 3 isu utama yang dibangkitkan oleh aliran dakwah
salafi ini iaitu :
Siapa Wahabi - Bahagian 3
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا
Pergerakkan dakwah wahabi yang mengaku sebagai aliran salafi sebenarnya telah bangkit di negara-negara Arab sejak 200 tahun yang lalu. Kini ianya semakin berkembang meluas khasnya di negara kita Malaysia dan ke seluruh pelusuk nusantara secara amnya berikutan ramai anak-anak muda yang dihantar untuk menimba ilmu di kawasan tanah Arab sejak kebelakangan ini. Rentetan daripada ramainya anak nusantara yang menimba ilmu di sana, maka aliran salafi ini mula dipraktikkan dalam kalangan mereka dan apabila mereka pulang ke negara mereka, mereka mula mengembangkannya kerana mereka yakin bahawa itulah pegangan umat Islam sebenarnya.
Siapa Wahabi - Bahagian 2
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا
Sebelum kita pergi jauh membincangkan tajuk ini, ana nak sentuh sedikit mengenai "salafi" kerana ada orang yang mengaitkan golongan salafi ini dengan golongan Wahabi.
Dari sudut etimologi, salafi disandarkan
kepada perkataan salaf. Perkataan salaf
ini menerusi kamus membawa maksud golongan yang terdahulu. Perkataan salaf ini juga selalu
digunakan di dalam al Quran sebagaimana firman Allah Taala dalam surah az
Zukhruf ayat 56 :
Siapa Wahabi - Bahagian 1
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا
Alhamdulillah, setelah lebih kurang setahun ana menghilangkan diri (disebabkan kesibukkan), akhirnya ana muncul semula didalam blog ini. In sha Allah, blog ini akan terus aktif selepas ini kerana admin bercadang untuk membawa masuk seorang lagi blogger (tak terkenal sebab blog dia hidden) ke dalam bblog ini sebagai salah seorang penulis. Sekurang-kurangnya blog ini akan terus memberikan manfaat kepada semua, In sha Allah. Selain itu, admin juga akan mendapat motivasi untuk terus aktif sebab dah ada partner. Nanti kita akan perkenalkan blogger tersebut sebab hari ini ana nak bawakan 1 tajuk yang cukup popular pada hari ini.
" Siapa Wahabi ? ", satu tajuk yang sangat sukar untuk difahami kerana masih kurang buku-buku yang mengkaji mengenainya. Alhamdulillah ana diberikan peluang dan ruang untuk sedikit sebanyak mengenali golongan yang dikatakan sebagai Wahabi ini sebab semester ini ana ada kelas Pengajian Aqidah.
Serangan Zionis masuk hari ke-5
Assalamualaikum.. Apa yang boleh dikatakan adalah angka kematian para syuhada di Gaza semakin bertambah.
TV3 melaporkan bahawa angka kematian rakyat Gaza meningkat kepada 48 orang. Separuh daripada mangsa kekejaman Israel adalah orang awam termasuk 12 kanak-kanak.
Konspirasi Illuminati dan Dajjal
Assalamualaikum..
Sebuah video "Dunia Akhir Zaman" daripada Youtube yang dimuat naik oleh Syed Syafiq.
Sinopsis Video
Permulaan video dipaparkan bagaimana sebuah konspirasi bertaraf dunia memutar
belitkan sejarah manusia yang dikatakan bertitik daripada teori evolusi Charles
Darwin, yang menyatakan manusia ini berasal daripada evolusi monyet yang
membawa kepada pembinaan sedikit demi sedikit ketamadunan manusia yang
dikatakan bermula dari Zaman Paleolitik ataupun Zaman Bat, kemudiannya kepada
Zaman Neolitik, Mesolitik, Logam sehingga ke zaman yang kita sedang nikmati
sekarang ini.
SOLIDARITY FOR PALESTINE..
Percaya atau tidak, tidak semua umat Islam hari ini sedar bahawa hari
ini adalah tahun baru Hijrah. Bukan mahu memburukkan umat Islam, tetapi inilah
hakikatnya. Tahun Hijrah, tidak ramai yang ingat. Tetapi jika tahun Masihi,
tidak ramai yang tidak ingat. Inilah masalah umat hari ini.
Iblis terlalu kuat ?
Assalamualaikum
sahabat-sahabatku sekalian. Setelah sekian lama tidak meng"update"
blog ne, akhirnya hari ini ditakdirkan tangan ini rajin untuk menekan keyboard laptop yang
huruf-hurufnya sudah mula pudar dek kerana terlampau kerap ditekan. Bukan
terlalu banyak assignment, tetapi terlampau melayan game..
:)
Hukum Allah satu kewajiban
Sejak akhir-akhir ini, seringkali kita melihat di dada-dada akhbar mengenai satu sistem undang-undang yang disediakan oleh Allah S.W.T, Pencipta manusia, makhluk lain dan sekalian alam, iaitu Hukum Hudud. Apa yang ingin ana kongsikan pada artikel kali ini bukanlah seperti apa yang hangat diperkatakan pada hari ini iaitu kesesuaian hukuman ini dilaksanakan, tapi sekadar ingin berkongsi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hudud itu sendiri.
Pengembaraan agung seorang Nabi
Tanggal 27 Rejab 1432 bersamaan 29 Jun 2011 merupakan salah satu hari kebesaran Islam dimana satu lagi tanda kekuasaan Allah S.W.T berlaku keatas diri Rasulullah S.A.W. Pada tanggal ini, Nabi Allah S.A.W diberikan satu lagi mukjizat (pendapat saya) kerana Rasulullah S.A.W diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T secara bersemuka ataupun “Face to Face”. Hal ini tidak pernah berlaku keatas mana-mana Nabi Allah sebelum ini selain Nabi Adam A.S.
Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Ceritera Hatiku
Sedih juga baca artikel "Ceritera Hatiku" tu. Tapi best. Banyak input dan InsyaAllah akan membuka hati sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk berubah. So, kepada sesiapa yang teringin sangat menikmati halawatul iman, silalah klik link di bawah ni. Untuk kebaikan semua, sebar-sebarkan. Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)

















