Percaya atau tidak, tidak semua umat Islam hari ini sedar bahawa hari
ini adalah tahun baru Hijrah. Bukan mahu memburukkan umat Islam, tetapi inilah
hakikatnya. Tahun Hijrah, tidak ramai yang ingat. Tetapi jika tahun Masihi,
tidak ramai yang tidak ingat. Inilah masalah umat hari ini.
Firman Allah S.W.T
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-
Melakonkan babak solat
Tanggal 03 November yang lepas, sekali lagi ana diberikan peluang untuk
menimba pengalaman sebagai seorang yang “garang” bagi adik-adik yang bergelar
pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Bawah Bayu ini . Tidak kisahlah
segarang mana, yang penting pengalaman sedemikian sememangnya membantu diri
yang kerdil ini lebih memahami dan mengenali dunia yang penuh dugaan ini.
Langgan:
Catatan (Atom)


