Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Yakinlah pada-Nya


Segala yang ditentukan pasti memiliki 1001 hikmah. Allah sengaja mendatangkan kita ujian yang sebenarnya merupakan salah satu cara Allah menunjukkan kerinduan-Nya kepada hambanya. Allah ingin melihat sejauh mana ketaqwaan hamba-Nya terhadap yang Maha Kuasa.

Sambutan Tahun Baru Masihi dibolehkan atau tidak ?

Beberapa hari selepas sambutan Hari Natal atau lebih dikenali sebagai Krismas, akhir tanggal 31hb Disember dan awal 1hb Januari setiap tahun pasti akan diadakan sambutan yang sama seperti perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri yang disambut di negara ini. Namun, berapa ramaikah yang tahu hukum menyambutnya? Dan berapa ramai yang mengamalkannya? Tujuan artikel kali ini hanya untuk membuka pemikiran anda semua ataupun lebih kepada peringatan kepada saya dan anda semua.

Hukum Hari Natal ?

Bila diingat-ingat kembali, tarikh esok ialah 25 Disember 2010, satu tarikh yang bermakna bagi penganut agama kristian seluruh dunia. Apa yang ingin saya bangkitkan disini ialah apa hukum kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya. Semasa saya mencari rujukan, saya terbaca satu lagi persoalan yang saya rasa sering kali umat Islam pada hari ini melakukannya iaitu memberi ucapan selamat kepada mereka atau perayaan ini. Jadi, artikel kali ini bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran umat Islam mengenainya, bukan untuk memberi hukum  kerana saya bukanlah seorang insan yang berilmu tinggi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...