Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Hukum Hari Natal ?

Bila diingat-ingat kembali, tarikh esok ialah 25 Disember 2010, satu tarikh yang bermakna bagi penganut agama kristian seluruh dunia. Apa yang ingin saya bangkitkan disini ialah apa hukum kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya. Semasa saya mencari rujukan, saya terbaca satu lagi persoalan yang saya rasa sering kali umat Islam pada hari ini melakukannya iaitu memberi ucapan selamat kepada mereka atau perayaan ini. Jadi, artikel kali ini bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran umat Islam mengenainya, bukan untuk memberi hukum  kerana saya bukanlah seorang insan yang berilmu tinggi.







Setelah puas merujuk buku dan internet, akhirnya saya mendapati terdapat 2 pendapat berkenaan hukum mengucapkan dan meraikan perayaan ini. Ada dikalangan ulama yang mengatakan ianya haram da nada yang mengatakan ianya harus. Mari kita lihat satu persatu hujah mengenai hukum-hukum tersebut.


HARAM:

Ulama-ulama seperti Ibnu Taimiyah, Ibnul Qoyyim dan para pengikutnya seperti Syeikh Ibn Baaz, Syeikh Ibnu Utsaimin serta yang lainnya seperti Syeikh Ibrahim bin Muhammad al Huqoil berpendapat bahawa mengucapkan selamat Hari Natal hukumnya adalah haram kerana perayaan ini adalah sebahagian dari syiar-syiar agama mereka. Allah tidak meredhai adanya kekufuran terhadap hamba-hambaNya. Sesungguhnya didalam pengucapan selamat kepada mereka adalah tasyabbuh (menyerupai) dengan mereka dan ini diharamkan.

Diantara bentuk-bentuk tasyabbuh :
1. Ikut serta didalam hari raya tersebut.
2. Membawa dan mengadakan perayaan-perayaan mereka ke negeri-negeri Islam.

Mereka juga berpendapat wajib menjauhi berbagai perayaan orang-orang kafir, menjauhi dari sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka, menjauhi berbagai sarana yang digunakan untuk menghadiri perayaan tersebut, tidak menolong seorang muslim dalam menyerupai perayaan hari raya mereka, tidak mengucapkan selamat atas hari raya mereka serta menjauhi penggunaan berbagai nama dan istilah khusus didalam ibadah mereka.

Majlis Ulama Indonesia (1981) mengemukakan dasar-dasar ajaran Islam dengan disertai berbagai dalil baik dari Al Qur’an maupun Hadits Nabi saw sebagai berikut :

1. Umat Islam diperbolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan ummat agama-agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan.
2. Umat Islam tidak boleh mencampur-adukkan agamanya dengan aqidah dan ibadat agama lain.
3. Umat Islam harus mengakui kenabian dan kerasulan Isa Almasih bin Maryam sebagaimana pengakuan mereka kepada para Nabi dan Rasul yang lain.
4.  Barangsiapa berkeyakinan bahawa Tuhan itu lebih dari satu, Tuhan itu mempunyai anak dan Isa Almasih itu anaknya, maka orang itu kafir dan musyrik.
5.  Pada hari kiamat nanti Allah akan menanyakan Isa, apakah dia pada waktu di dunia menyuruh kaumnya agar mereka mengakui Isa dan Ibunya (Maryam) sebagai Tuhan. Isa menjawab: Tidak.
6.    Islam mengajarkan bahwa Allah SWT itu hanya satu.
7.    Islam mengajarkan ummatnya untuk menjauhkan diri dari hal-hal yang syubhat dan dari larangan Allah SWT serta untuk mendahulukan menolak kerosakkan daripada menarik kemaslahatan.

Juga berdasarkan Kaidah Ushul Fikih “Menolak kerosakkan-kerosakkan itu didahulukan daripada menarik kemaslahatan-kemaslahan (jika tidak demikian sangat mungkin mafasidnya yang diperoleh, sedangkan mushalihnya tidak dihasilkan)”.

Kemudian MUI mengeluarkan fatwa berikut :

1.    Perayaan Natal di Indonesia meskipun tujuannya merayakan dan menghormati Nabi Isa as, akan tetapi Natal itu tidak dapat dipisahkan dari soal-soal yang diterangkan di atas.
2.    Mengikuti upacara Natal bersama bagi ummat Islam hukumnya haram.
3.    Agar ummat Islam tidak terjerumus kepada syubhat dan larangan Allah SAW dianjurkan untuk tidak mengikuti kegiatan-kegiatan perayaan Natal.
4.    Mengucapkan Selamat Hari Natal Haram kecuali Darurat

HARUS:

Lembaga Riset dan Fatwa Eropah juga membolehkan pengucapan selamat ini jika mereka bukan termasuk orang-orang yang memerangi kaum muslimin khususnya dalam keadaan dimana kaum muslimin menjadi kaum minoriti seperti di Barat. Setelah memaparkan berbagai dalil, Lembaga ini memberikan kesimpulan sebagai berikut :

Tidak dilarang bagi seorang muslim atau Markaz Islam memberikan selamat atas perayaan ini, baik dengan lisan maupun pengiriman kad ucapan yang tidak menampilkan simbol mereka atau berbagai ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti salib. Sesungguhnya Islam menafikan fikrah salib, firman-Nya :
   
Ertinya : dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin.” (QS. An Nisaa : 157)

Kalimat-kalimat yang digunakan dalam pemberian selamat ini pun harus yang tidak mengandung pengukuhan atas agama mereka atau redha dengannya. Adapun kalimat yang digunakan adalah kalimat yang sudah biasa diguna pakai masyarakat.

Tidak dilarang untuk menerima berbagai hadiah dari mereka kerana sesungguhnya Nabi saw telah menerima berbagai hadiah dari kaum kafir seperti al Muqouqis Pemimpin al Qibthi di Mesir dan juga yang lainnya dengan syarat bahawa hadiah itu bukanlah yang diharamkan oleh kaum muslimin seperti arak, daging babi dan lainnya.

Diantara para ulama yang membolehkan adalah DR. Abdus Sattar Fathullah Sa’id (ustaz bidang tafsir dan ilmu-ilmu Al Qur’an di Universitas Al Azhar), DR. Muhammad Sayyid Dasuki (ustaz Syari’ah di Univrsitas Qatar), Ustaz Musthafa az Zarqo serta Syeikh Muhammad Rasyd Ridho.

Akhir sekali, Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 30-36:

قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيّاً
وَجَعَلَنِي مُبَارَكاً أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيّاً
وَبَرّاً بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّاراً شَقِيّاً
وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدتُّ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيّاً
ذَلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ
مَا كَانَ لِلَّهِ أَن يَتَّخِذَ مِن وَلَدٍ سُبْحَانَهُ إِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ
وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ هَذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

30. ia menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
31. dan ia menjadikan daku seorang Yang berkat di mana sahaja Aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi Aku hidup.
32. " serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan ia tidak menjadikan daku seorang Yang sombong takbur atau derhaka.
33. dan Segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaKu pada hari Aku diperanakkan dan pada hari Aku mati, serta pada hari Aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
34. Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. keterangan Yang tersebut ialah keterangan Yang sebenar-benarnya, Yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
35. tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah ia. apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
36. dan Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka Sembahlah kamu akan Dia Inilah jalan Yang betul - lurus ".

Wallahu a'lam..


Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.. Klik sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...