Memahami pengertian sirah itu sendiri akan sedikit sebanyak memberikan kesedaran ke atas diri kita sendiri mengenai betapa pentingnya mengetahui sirah kehidupan junjungan besar kita, nabi Muhammad S.A.W. Menerusi pembacaan, menurut Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan bahawa As Sirah menurut bahasa bermaksud kebiasaan, jalan, cara dan tingkah laku. Menurut istilah umum pula, ianya membawa maksud perincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang.