Seusai
menunaikan solat Isyak 4 rakaat dan solat sunat taubat 2 rakaat, Aisyah kembali
ke meja belajar untuk menelaah nota-nota grafiknya yang berwarna warni serta
padat dengan isi penting. Semasa mencapai nota-nota tersebut, mata Aisyah
tertumpu pada laptop jenama DELL yang berwarna pink dan dihiasi dengan
manik-manik jernih, menampakkan lagi keayuan pemiliknya. Lantas, tanpa sebarang
kompromi, Aisyah mencapai laptop DELL tersebut dan menekan punat “On”. Tidak
lain tidak bukan, Aisyah memasang niat untuk menjenguk-jenguk status “hot”
dalam facebook. ‘’Sementara masih ada wifi free, wajib dimanfaatkan untuk
facebook sebelum mula study’’, getus Aisyah dalam hatinya. Dan sememangnya, inilah
rutin harian Aisyah sebelum memulakan medan ulangkajinya. Hidup mahasiswa dan
siswa pendidik, tidak sah jika tidak berfacebook dalam satu hari. Sedang asyik meneliti dan membaca status update dari
kenalan-kenalannya di facebook, tiba-tiba hati Aisyah bagaikan ditusuk-tusuk
paku tajam, sehingga menyebabkan mukanya merah padam menahan marah dan sakit
hati.
Firman Allah S.W.T
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-
Pendidikan Dalam Islam
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Pendidikan Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana dengannya kita berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun manusia yang cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam al Quran terdapat banyak ayat yang mengutarakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia, bahkan penurunan al-Quran itu sendiri bermatlamat untuk mendidik manusia. Demikian juga dengan hadis dan sunnah Nabi Muhammad, banyak daripada riwayat-riwayat baginda yang menjurus kepada kepentingan pendidikan dalam memperkasakan tamadun ummah dan dikuatkan lagi dengan beberapa contoh tindakan yang baginda laksanakan dalam menggalakkan umat Islam untuk mencintai ilmu pengetahuan.
Dakwah satu tuntutan - Bahagian 1
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا
Merujuk kepada Web Wikipedia, sebuah ensiklopedia bebas, dakwah kebiasannya membawa maksud mengajak kepada Islam. Bahasa Arab دعوة bermakna secara harfiah ataupun etimologis ialah "menyeru" atau "mengajak".Pandangan para ulama mengenai pengertian dakwah dari sudut terminologis pula ialah dakwah merupakan satu program yang lengkap, yang mana kesemua peringkatnya terselit ilmu-ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Ini adalah merupakan pandangan Muhammad al-Ghazali.
Siapa Wahabi - Bahagian 5 (Akhir)
السلام عليكم سموا
Berikut merupakan beberapa orang tokoh yang dikatakan sebagai golongan Wahabi :
1.
Muhammad bin Abdul Wahab
Seperti yang sedia maklum, Muhammad bin Abdul Wahab merupakan
pelopor utama dan juga boleh dikatakan sebagai pengasas kepada aliran pemikiran
Wahabi ini. Secara ringkasnya, antara
penyimpangan yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahab ini adalah mudah
mengkafirkan orang lain, melakukan persetongkolan demi kekuasaan, memerangi
umat Islam dan mendakwanya sebagai ghanimah dan masih banyak lagi penyimpangan yang
lain.
Siapa Wahabi - Bahagian 4
السلام عليكم سموا
Kali ini ana akan berkongsi beberapa maklumat yang ana dapati daripada beberapa pembacaan menerusi internet dan beberapa buah buku berkenaan permasalahan yang berlaku sehingga gerakan Wahabi ini dianggap menyimpang daripada jalan kebenaran. Menerusi buku karangan Syaikh Idahram,
saya mendapati bahawa ada 3 isu utama yang dibangkitkan oleh aliran dakwah
salafi ini iaitu :
Siapa Wahabi - Bahagian 3
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا
Pergerakkan dakwah wahabi yang mengaku sebagai aliran salafi sebenarnya telah bangkit di negara-negara Arab sejak 200 tahun yang lalu. Kini ianya semakin berkembang meluas khasnya di negara kita Malaysia dan ke seluruh pelusuk nusantara secara amnya berikutan ramai anak-anak muda yang dihantar untuk menimba ilmu di kawasan tanah Arab sejak kebelakangan ini. Rentetan daripada ramainya anak nusantara yang menimba ilmu di sana, maka aliran salafi ini mula dipraktikkan dalam kalangan mereka dan apabila mereka pulang ke negara mereka, mereka mula mengembangkannya kerana mereka yakin bahawa itulah pegangan umat Islam sebenarnya.
Siapa Wahabi - Bahagian 2
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا
Sebelum kita pergi jauh membincangkan tajuk ini, ana nak sentuh sedikit mengenai "salafi" kerana ada orang yang mengaitkan golongan salafi ini dengan golongan Wahabi.
Dari sudut etimologi, salafi disandarkan
kepada perkataan salaf. Perkataan salaf
ini menerusi kamus membawa maksud golongan yang terdahulu. Perkataan salaf ini juga selalu
digunakan di dalam al Quran sebagaimana firman Allah Taala dalam surah az
Zukhruf ayat 56 :
Siapa Wahabi - Bahagian 1
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا
Alhamdulillah, setelah lebih kurang setahun ana menghilangkan diri (disebabkan kesibukkan), akhirnya ana muncul semula didalam blog ini. In sha Allah, blog ini akan terus aktif selepas ini kerana admin bercadang untuk membawa masuk seorang lagi blogger (tak terkenal sebab blog dia hidden) ke dalam bblog ini sebagai salah seorang penulis. Sekurang-kurangnya blog ini akan terus memberikan manfaat kepada semua, In sha Allah. Selain itu, admin juga akan mendapat motivasi untuk terus aktif sebab dah ada partner. Nanti kita akan perkenalkan blogger tersebut sebab hari ini ana nak bawakan 1 tajuk yang cukup popular pada hari ini.
" Siapa Wahabi ? ", satu tajuk yang sangat sukar untuk difahami kerana masih kurang buku-buku yang mengkaji mengenainya. Alhamdulillah ana diberikan peluang dan ruang untuk sedikit sebanyak mengenali golongan yang dikatakan sebagai Wahabi ini sebab semester ini ana ada kelas Pengajian Aqidah.
Langgan:
Catatan (Atom)