Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Iblis terlalu kuat ?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian. Setelah sekian lama tidak meng"update" blog ne, akhirnya hari ini ditakdirkan tangan ini rajin untuk menekan keyboard laptop yang huruf-hurufnya sudah mula pudar dek kerana terlampau kerap ditekan. Bukan terlalu banyak assignment, tetapi terlampau melayan game.. :)

Hukum Allah satu kewajiban

Sejak akhir-akhir ini, seringkali kita melihat di dada-dada akhbar mengenai satu sistem undang-undang yang disediakan oleh Allah S.W.T, Pencipta manusia, makhluk lain dan sekalian alam, iaitu Hukum Hudud. Apa yang ingin ana kongsikan pada artikel kali ini bukanlah seperti apa yang hangat diperkatakan pada hari ini iaitu kesesuaian hukuman ini dilaksanakan, tapi sekadar ingin berkongsi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hudud itu sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...