Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

‘’Semakin menegur Semakin dibenci, Semakin ditegur semakin keras hati’’


Seusai menunaikan solat Isyak 4 rakaat dan solat sunat taubat 2 rakaat, Aisyah kembali ke meja belajar untuk menelaah nota-nota grafiknya yang berwarna warni serta padat dengan isi penting. Semasa mencapai nota-nota tersebut, mata Aisyah tertumpu pada laptop jenama DELL yang berwarna pink dan dihiasi dengan manik-manik jernih, menampakkan lagi keayuan pemiliknya. Lantas, tanpa sebarang kompromi, Aisyah mencapai laptop DELL tersebut dan menekan punat “On”. Tidak lain tidak bukan, Aisyah memasang niat untuk menjenguk-jenguk status “hot” dalam facebook. ‘’Sementara masih ada wifi free, wajib dimanfaatkan untuk facebook sebelum mula study’’, getus Aisyah dalam hatinya. Dan sememangnya, inilah rutin harian Aisyah sebelum memulakan medan ulangkajinya. Hidup mahasiswa dan siswa pendidik, tidak sah jika tidak berfacebook dalam satu hari. Sedang asyik meneliti dan membaca status update dari kenalan-kenalannya di facebook, tiba-tiba hati Aisyah bagaikan ditusuk-tusuk paku tajam, sehingga menyebabkan mukanya merah padam menahan marah dan sakit hati.



Pendidikan Dalam Islam


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pendidikan Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana dengannya kita berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun manusia yang cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam al Quran terdapat banyak ayat yang mengutarakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia, bahkan penurunan al-Quran itu sendiri bermatlamat untuk mendidik manusia. Demikian juga dengan hadis dan sunnah Nabi Muhammad, banyak daripada riwayat-riwayat baginda yang menjurus kepada kepentingan pendidikan dalam memperkasakan tamadun ummah dan dikuatkan lagi dengan beberapa contoh tindakan yang baginda laksanakan dalam menggalakkan umat Islam untuk mencintai ilmu pengetahuan. 

Dakwah satu tuntutan - Bahagian 2

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Persoalan :


Apakah hukum berdakwah ?


Jawapannya :


Ulama masih berselisih mengenainya. Namun ada dua hukum berdakwah yang menjadi pertikaian para ulama iaitu : 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...