Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Kaedah Penulisan Rasm Uthmani


Ianya adalah satu ilmu yang membezakan mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi. Penulisan ini digunakan oleh Saidina Uthman pada zaman pemerintahannya untuk menulis kalimah-kalimah al Quran dan huruf-hurufnya. Dr Sya'ban Muhammad Ismail mendefinisikannya sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman. Penulisannya merangkumi tujuh huruf al Quran, ditulis tampa titik dan baris serta terdapat semasa semakan dan tidak dimansuhkan bacaannya.



Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Ianya juga dinamakan sebagai rasm tawqifi kerana ulama berpendapat bahawa ianya adalah kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya digunakan dalam penulisan al Quran pada masa itu.


Kalimah rasm ini boleh difahami dengan dua cara pemahaman iaitu bentuk tulisan dan kaedah yang digunakan. Maksud bentuk tulisan ialah jenis tulisan seperti khat kufi dan sebagainya. Manakala maksud kaedah ialah cara penulisan sesuatu kalimah itu samada ianya ditambah, dikurang, dan sebagainya.


Terdapat tiga kaedah yang digunakan untuk menulis kalimah arab. Ianya ialah Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi, dan Rasm 'Arudi. Hanya Rasm Uthmani dan Qiyasi sahaja yang digunakan dalam penulisan al Quran manakala Rasm 'Arudi digunakan dalam penulisan syair.


Tulisan Rasm Uthmani jauh berbeza daripada Rasm Qiyasi. Oleh itu, para ulama bertungkus-lumus mengkaji perbezaannya dan disimpulkan Rasm Uthmani mempunyai 6 kaedah penulisan. Ianya ialah:


  1. Al Hadhf (membuang)
  2. Al Ziyadah (menambah)
  3. Al Humaz (penulisan huruf hamzah)
  4. Al Ibdal (menukar huruf)
  5. Al Wasl wa Al Fasl (menyambung dam memisahkan)
  6. Ma Fih Qiraatan (kalimah yang mengandungi dua wajah qiraat)
Klik pada point yang ingin dipelajari untuk mendapatkan lebih maklumat.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum.. terima kasih utk ilmunya.. sangat membantu dalam pelajarn saya.. kenapa tiada penjelasan ttg ibdal, humaz, washal dan fashal?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...