Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Yakinlah pada-Nya


Segala yang ditentukan pasti memiliki 1001 hikmah. Allah sengaja mendatangkan kita ujian yang sebenarnya merupakan salah satu cara Allah menunjukkan kerinduan-Nya kepada hambanya. Allah ingin melihat sejauh mana ketaqwaan hamba-Nya terhadap yang Maha Kuasa.


Yakinlah bahawa jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal, dan maut sudah ditentukan oleh-Nya. Hanya masa yang akan membongkar segalanya. Allah tidak akan memberi sesuatu yang tidak baik kepada hamba-Nya. Percayalah, kadang-kadang kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita, padahal ianya tidak membawa apa-apa kebaikan untuk kita. Perkara yang buruk pada pandangan mata kasar seorang hamba, boleh jadi yang terbaik untuk dirinya. Tanpa disedari, masa membongkar segalanya. Betapa kerdilnya diri ini...




Coretan ini dibuat sekadar satu simbolik pembukaan semula aktiviti "pengarangan" dalam blog yang telah lama ana tinggalkan. Lebih kurang 5 bulan blog ini tidak diupdate. Salam Alayk buat semua pengunjung yang dihormati. Semoga Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada antum. Doakan agar laman ini sentiasa memberi manfaat untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...