Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Pengembaraan agung seorang Nabi

Tanggal 27 Rejab 1432 bersamaan 29 Jun 2011 merupakan salah satu hari kebesaran Islam dimana satu lagi tanda kekuasaan Allah S.W.T berlaku keatas diri Rasulullah S.A.W. Pada tanggal ini, Nabi Allah S.A.W diberikan satu lagi mukjizat (pendapat saya) kerana Rasulullah S.A.W diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T secara bersemuka ataupun “Face to Face”. Hal ini tidak pernah berlaku keatas mana-mana Nabi Allah sebelum ini selain Nabi Adam A.S.


Apakah yang berlaku pada hari tersebut? Saya tidak mahu menceritakan lagi apa yang berlaku pada hari itu kerana banyak artikel ataupun blog sudah melaksanakan tugas ini. Saya rasa anda pun telah mengetahuinya. Sekiranya anda masih ingin membaca mengenai perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjid Al Haram ke Masjid Al Aqsa seterusnya ke Hadaratul Qudus untuk bertemu dengan Allah S.W.T, sila klik sini dan sini.


Apa yang saya ingin bicarakan disini ialah satu kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T yang difardhukan keatas umat Islam hari ini iaitu solat. Apa itu solat? Sila klik sini.


إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]

Sebagaimana pirman Allah S.W.T diatas, dapatlah dilihat bahawa solat bukanlah satu pilihan untuk umat Islam lakukan. Ianya adalah satu kewajiban. Wajib maksudnya ianya perlu dilakukan tidak kira apapun yang berlaku. Berbicara mengenai solat, Allah S.W.T telah memudahkan hamba-Nya untuk melakukan fardhu solat ini walaupun dalam keadaan musafir mahupun sedang sakit. Bagaimana caranya? Sila klik sini dan sini. Lihat betapa Allah S.W.T memudahkan hamba-Nya dengan memberikan rukhsah dalam solat.

Apa yang ingin ditekankan disini ialah sikap kita yang memperlekehkan kewajiban ini. Hari ini kita dapat lihat dimana kefardhuan solat ini seolah-olah dipermainkan. Sekiranya dipermainkan oleh musuh-musuh Islam, ianya masih dapat diterima kerana mereka sememangnya sangat benci akan Islam. Tetapi malangnya, kefardhuan ini turut diperlekehkan oleh segelintir umat Islam yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak melakukan solat itu sendiri.

Selain daripada tidak melakukan solat, sengaja melengah-lengahkan solat itu sendiri boleh dikira sebagai satu bentuk mempermainkan perintah Allah S.W.T. Meninggalkan solat dan melengahkan solat merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja terdapat dua padangan ulama'. Sila klik sini.

Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama melaksana serta menjaga kefardhuan solat ini. Ingatlah, perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat yang kita lakukan. Sekiranya sehingga saat ini anda masih lagi melengah-lengahkan bab solat, berubahlah, kerana pintu taubat masih terbuka untuk kita semua. Kepada yang memang menjaga solatnya, berdoalah kepada Allah S.W.T agar hidayah yang diberikan ini tidak ditarik balik. Wallahu A’lam.


Rujukan :

Here 6 http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/azab-melengahkan-solat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...