Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Gerhana Bulan Penuh


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ (37) وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (38) وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ (39) لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (40)


(Surah Yaasin ayat 37 - 40)

Maksudnya : "Dan lagi dalil Yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita. Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Dan bulan pula kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

Hari ni banyak media Internet, tidak kira yang rasmi ataupun tidak, riuh mengenai gerhana bulan yang bakal atau dijangka berlaku pada esok hari bersamaan 10 Disember 2011. Jadi hari ni nak kongsi mengenai gerhana juga. Tapi bukan mengenai peristiwa yang bakal berlaku esok. Kalau nak mengetahui lebih lagi mengenai gerhana esok, silalah Klik sini.



Kejadian gerhana ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Bayangkan bagaimana berkuasanya Allah Pencipta sekalian alam ini mentadbir alam ini. Subhanallah. Sungguh malang andai ada umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah.



Hari ini ana ingin berkongsi mengenai pendapat ulama' berkenaan Solat Gerhana Bulan. Pendapat pertama menyatakan bahawa hukum solat gerhana bulan adalah sunat muakkad seperti solat gerhana matahari dan dilakukan secara berjemaah. Inilah pendapat yang dipilih oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Daud, dan Ibnu Hazm. Pendapat ini diriwayatkan dari Ibnu ’Abbas.

Pendapat kedua yang menyatakan bahwa hukum solat gerhana bulan adalah sunat seperti solat sunat biasa iaitu dilakukan tanpa ada tambahan rukuk. Menurut pendapat ini, solat gerhana bulan tidak perlu dilakukan secara berjama’ah. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Pendapat mana yang lebih kuat? Pendapat pertama dinilai lebih kuat, kerana Nabi Muhammad S.A.W memerintahkan untuk solat ketika melihat gerhana. Rasulullah S.A.W bersabda :
 
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ

Maksudnya ”Sekiranya kalian melihat kedua gerhana, bersegeralah menunaikan shalat.” 
(Riwayat. Bukhari no. 1047)

Akhirnya, apapun hukumnya samada sunat atau sunat muakad; marilah kita bersama-sama menghiasi malam gerhana yang indah itu dengan solat sunat dua rakaat. InsyaAllah kita akan dirahmati dan dijauhi daripada bala kemurkaan Allah S.W.T. Ingatlah, ketika Rasulullah melihat gerhana, baginda akan ke masjid dengan keadaan cemas dan tergesa-gesa sebagaimana diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa: 

"Tatkala terjadi gerhana matahari di masa Nabi S.A.W, beliau bangkit terkejut, takut terjadi kiamat sampai beliau menuju masjid. Beliau melakukan solat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan solat seperti itu. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakutkan hamba-Nya. Oleh sebab itu, bila kalian melihatnya, maka bersegeralah ingat kepada-Nya, berdoa dan mohon ampunan-Nya "
(Kitab Sahih Muslim : 1518)

Wallahu A'lam...



Panduan Solat Gerhana. Klik sini.

Rujukan:


  1. http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-bulan-penuh-10-disember-2011
  2. http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/seputar-gerhana-matahari.html
  3. http://kajianhadistnabi.blogspot.com/2009/08/hadis-mengenai-gerhana.html



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...