Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Pokok Semalu Ada Hikmahnya

Pada suatu hari, Rasulallah S.A.W. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah pohon tamar. Fatimah terpijak pohon tamar, lalu berdarah & Fatimah merasa sakit.
Fatimah : Apalah gunanya semalu berada disitu
Rasulullah : Pohon semalu amat berkait rapat dengan wanita. Para wanita hendakah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

PERTAMA :
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita itu perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya )
KEDUA :
Semalu mempuyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh Itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri & maruah sebagai seorang wanita muslimah.
KETIGA :
Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat & mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah hendaklah mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
KEEMPAT:
Semalu akan kucup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah kerumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau ia hanya tumbuhan yang kecil. Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukan bertentangan dengan kejadian asal atau fitrah manusia. Ibaratkan seorang wanita sebagai seekor kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai ditempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Ini tidak manis, sebagai tempat seorang wanita ialah dirumah tatkala malam.
Hati orang normal akan mengatakan ini benar, tetapi hati orang sakit akan mengatakan ini salah. Rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong, dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala ia sudah menjadi rama-rama, dia akan menggiurkan penglihatan sesiapa saja. Apabila dia mengembangkan sayapnya, semua orang terpukau kagum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...