Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

WASIAT RASULULLAH SAW


(Kepada Saidatina Aisyah)

Ya Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api dalam neraka kerana mereka itu:

  • Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah.
  • Tidak memuji Allah Taala atas kemurahan-Nya apabila dikurniakan nikmat dan tidak bersyukur.
  • Mengkufurkan nikmat iaitu menganggap nikmat bukan dari Allah.
  • Membanyakkan kata-kata yang sia-sia serta banyak bicara yang tidak bermanfaat.



Wahai Aisyah, ketahuilah bahawa:
  • Wanita yang mengingkari kebaikan yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah.
  • Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.
  • Isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.
  • Isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya ditempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.
  • Wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.
  • Wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapapun.
  • Wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk didepan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cambuk dari api.
  • Isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.
  • Isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.
  • Wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.



Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :


"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Baginda s.a.w. berkata:


"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi S.A.W ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah yang diberitakan oleh Rasulullah S.A.W ini. Katanya " Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Darjat Wanita:

Rasulullah SAW bersabda:

“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki”.

Daripada Aisyah r.a.: Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka (anak-anak perempuan) akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

“Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa?

Rasulullah SAW menjawab:

"Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”(Hadis dari Ibn Abbas)

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”(HR. Ibn Hibban)

PENUTUP:

Aisyah r.a. berkata, “Aku bertanya pada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...