Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Sambutan Tahun Baru Masihi dibolehkan atau tidak ?

Beberapa hari selepas sambutan Hari Natal atau lebih dikenali sebagai Krismas, akhir tanggal 31hb Disember dan awal 1hb Januari setiap tahun pasti akan diadakan sambutan yang sama seperti perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri yang disambut di negara ini. Namun, berapa ramaikah yang tahu hukum menyambutnya? Dan berapa ramai yang mengamalkannya? Tujuan artikel kali ini hanya untuk membuka pemikiran anda semua ataupun lebih kepada peringatan kepada saya dan anda semua.




Harus diingat bahawa sebagai umat Rasulullah SAW, kita sepatutnya mengira peredaran hari mengikut sistem Islam yang diperkenalkan oleh Saidina Umar Al Khatab pada zaman pemerintahannya. Jesteru, adalah lebih baik kita mengingati dan menggunakan bulan Islan ini bagi menjaga dan menyebarkan identiti Islam itu sendiri. Dalam ajaran Islam, hanya ada 2 perayaan yang boleh disambut iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. (sejarah bulan Islam)



Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Apa pandangan Islam mengenai tahun baru masihi ini? Berdasarkan pembacaan saya, ada segelintir atau sebahagian tokoh Islam yang membolehkan dan ada juga yang mengharamkan sambutan ini. Mari kita lihat satu per satu.

Haram:

Ada satu blog yang pada saya ia amat menentang sambutan tahun baru Masihi ini. Saya rasa tidak perlulah saya bentangkan panjang lebar dalam artikel kali ini. Sekiranya berminat, silalah ke blog Halaqah.

Melalui blog Halaqah, anda akan mendapati bahawa sambutan tahun baru adalah salah satu perayaan agama Kristian. Oleh itu, berdasarkan hadith Rasulullah:

من تشبه بقوم فهو منهم 

Maksudnya: Barangsiapa meniru sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian dari mereka.

Harus:

Menurut Ustaz Zaharuddin, sambutan tahun baru dibolehkan dengan bersyarat iaitu:

  • Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka ianya masih harus kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu. Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah harus dengan bersyarat berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam.


  • Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. 

  
  • Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

  
  • Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum.
Sambutan tahun baru ini tidak harus disambut dengan mengadakan pesta-pesta atau konsert-konsert sebagaimana yang dilakukan dinegara kita pada hari ini. Sekiranya ianya dilakukan, maka dengan jelas boleh dikatakan bahawa sambutan itu jatuh kepada haram dan sesiapa yang terlibat dengannya pasti akan mendapat "saham".

Oleh itu, untuk menjaga diri dan agama kita, seharusnya kita menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti perayaan ini.

1 ulasan:

  1. Salam. saya ingin minta izin share link. Jemputlah baca http://azamhusni.blogspot.com/2011/01/sambutan-tahun-baru-masihi-ada-apa.html =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...