Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Haramkah menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran?


Bersempena dengan hari kelahiran ana pada esok hari, terlintas pula di kepala ana mengenai hukum menyambut hari kelahiran yang sudah menjadi kebiasaan orang kita untuk mengadakan sesuatu yang special pada hari tersebut.
Persoalannya, apakah hukum menyambut hari ulang tahun kelahiran? Diharuskan atau diharamkan? Apakah dalilnya? Bagi menjawab semua soalan yang dilontarkan ini, berdasarkan pembacaan ana, ana akan cuba menghuraikannya pada artikel kali ini. Semoga ianya bermanfaat bagi semua.


Menerusi pembacaan demi pembacaan yang ana lakukan, hanya satu hukum yang ana dapati iaitu diharuskan. Ada ulama yang berpendapat bahawa ianya adalah bid'ah yang diharuskan kerana ianya tidak pernah dilakukan dizaman Rasulullah S.A.W. Apa pula yang dimaksudkan dengan bid'ah? klik sini.

Berikut merupakan artikel yang boleh digunakan untuk menjawab persoalan yang terdapat pada tajuk utama artikel kali ini. Artikel ini bukanlah hasil penulisan ana, tetapi disediakan oleh Al-Azhar Ad Din.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin
Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus. 
Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.
Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu. 
Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya. 
Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?
Sumber : Al Azhar Ad Din
Berdasarkan artikel diatas, kita dapat lihat ada dua pendapat yang diutarakan oleh para ulama namun kedua-duanya tetap membenarkan sambutan hari ulang tahun kelahiran.

Selain hari lahir, diharuskan juga bagi kita untuk menyambut hari-hari kebesaran yang lain seperti hari kemerdekaan. Hal ini disokong oleh Syeikh Dr.Yusuf al-Qardhawi menegawkan dalam fatwanya,
"Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.
Walaubagaimanapun, hukum harus ini menpunyai syarat-syaratnya yang perlu dipenuhi agar ianya tidak jatuh kepada hukum haram. Klik sini bagi mengetahui antara syarat yang perlu diikuti. Untuk menambahkan ilmu mengenai hukum hari lahir ini, sila klik sini. Wallahu 'alam.

14 ulasan:

  1. seseorang memberi sy jolokan meniru perbuatan kafir kerana menghadiahi seorang anak kecil sebiji kek sempena hari lahirnya,,,namun didalam hati tidak terniat untuk meniru perbuatan kafir,ianya hanya sekadar sebuah hadiah dan juga kami telah membuat doa selamat terhadap ank kecil tersebut namun tidak menjemput mane2 pihak luar,,,hati terkilan dengan kata2 sahabat itu,,namun setelah membaca artikel tuan, lega lah hati kerana tahu niat sy tidak seperti sahabat berkenaan fahami

    BalasPadam
  2. Sila rujuk di sini
    https://almanhaj.or.id/498-perayaan-hari-kelahiran-ulang-tahun.html

    BalasPadam
  3. Kenapa perlu guna font yang sukar untuk dibaca? Tak membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasal font pun kau nak bising2 lantak kau la membantu ke tak .. aku elok je baca

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Boleh ke sambut sempena kelahiran nabi kita dgn mmbuat kek dan tulis nama nabi kita atas kek tersebut lpstu kita potong bg org makan?

    BalasPadam
  7. Ade 2 plihan jew. Nak ikut ke nak tinggal. Plihan di tangan anda. Bgi saye lbih baik tnggal. Duit x habis jiwa x terluka. Didik dri awal. Gudluck semua. Kite mampu memgubahnyer.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.. sebenarnya saya kurang faham emmm sebenarnya boleh ke kita sambut hari lahir.. terima kasih

    BalasPadam
  9. Bagi saya seharusnya sambut hari diharamkan jadi adil untuk semua hujah2 dalil yg saya baca semua bleh dikatakan tak cukup kuat ....

    BalasPadam
  10. Yg buat pening sebab nak menghalalkan cara, tak mampu tinggalkan kebiasaan. Bermulanya sambutan hari jadi tu sendiri dari siapa? Sejak Firaun sambut dia sbg tuhan, selepas tu baru greeks,romania,pagan dan seterusnya hingga sekarang. Amalan tasyabuh org kafir.
    Bukan susah nak buang amalan ni, kita sesama manusia sesama umat islam.
    Nak tak nak je dengar dan taat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi tak ada dalil yang mengatakan haram jadi tak salah. Sebagai contoh tiup lilin tu haram sebab itu seperti org kristian jadi tak payah lilin just makan kek..makan kek x haram . Jadi xde salah pun..sebagai contoh lupa.dah nama bangsa tu. Tapi ade satu bangsa yang menyambut kedatangan nabi muhammad saw deengan tarian . Tapi nabi x cegah atau haramkan. Sebab tu adalah tradisi diaorang. Jadi kesimpulanya ade bende yang kita boleh ikut selagi mana kita ikut pada syarak

      Padam
  11. Sila tukarkan gambar. Kenapa pula di pamerkan gambar kek berhiaskan lilin?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...