Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Berpuasa yang ditegah

Puasa Ramadhan bakal berkunjung tiba. Oleh itu, dibulan Syaaban ini suka untuk ana berkongsi beberapa fakta mengenai puasa. Diharap artikel kali ini dapat membantu anda semua memurnikan ilmu mengenai puasa yang anda miliki.

Sebelum berbicara mengenai puasa yang ditegah, eloklah ana memberikan sedikit maklumat awal mengenai pembahagian jenis puasa. Puasa boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Haram
  4. Makruh



PUASA WAJIB

Antara puasa yang diwajibkan keatas umat Islam ialah:

  • Puasa sebulan dibulan Ramadhan.
Puasa ini merupakan salah satu rukun Islam yang perlu dipenuhi bagi mencukupi syarat menjadi seorang muslim. Bagaimana dengan orang yang tidak melaksanakan puasa ini? Adakah ianya boleh dianggap muslim? Wallahu a'lam.

    • Puasa kafarah.
    Apa itu puasa kafarah? Puasa ini bolehlah dianggap sebagai satu bentuk dendaan bagi pasangan suami isteri yang melakukan persetubuhan di siang hari pada hari berpuasa. Klik sini.

      • Puasa nazar.
      Puasa nazar merupakan puasa yang dijanjikan oleh manusia kepada Allah S.W.T kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang diingini.

        • Puasa qada ataupun puasa ganti.
        Puasa ganti ini wajib dilaksanakan atas sebab tertinggal puasa khususnya semasa bulan Ramadhan.

          PUASA SUNAT

          • Puasa pada hari Asyura pada 10 Muharam
          Rasulullah S.A.W bersabda, " Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. "
          ( Hadith riwayat Imam Ahmad )

          Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah: Susunan (kelebihan) puasanya ada tiga, yang paling sempurna ialah puasa (dimulakan) sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, berikut (boleh juga) puasa pada hari kesembilan (Tasu'aa) dan kesepuluh (Asyura), terdapat banyak hadith dalam perkara ini, berikut pula (boleh juga) puasa pada 10 Muharam sahaja.
          -Zaad al-Ma'ad -

          Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai puasa Asyura, sila klik sini.

          • Puasa pada hari Isnin dan Khamis
          Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”
          (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

          Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa”
          (Riwayat Imam Tirmizi)

          Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku”
          (Hadis riwayat Imam Muslim)

          • Puasa pada 13, 14, 15 hari bulan pada setiap bulan Islam (Hijrah)
          Dari Abu Dzar ra. dia berkata “Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk berpuasa tiga hari dalam sebulan, iaitu pada tanggal tiga belas, empat belas dan lima belas.”
          (Hadith riwayat An-Nasa'i serta At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban)

          Untuk maklumat tambahan bagi puasa ini, sila klik sini.

          • Puasa pada hari Arafah pada 9 Zulhijah bagi mereka yang tidak menunaikan haji.
          Menurut Ahli Sunah Wal Jamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji sahaja namun dilarang dalam Mazhab Syiah.

          Untuk maklumat tambahan, sila klik sini dan sini.

          • Puasa 6 hari dibulan Syawal

          Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.”
          (HR. Muslim no. 1164)

          Dari Tsauban, Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Eidul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda.”
          (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil)

          Imam Nawawi rohimahulloh mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138, “Dalam hadith ini terdapat dalil yang jelas bagi mazhab Syafie, Ahmad, Daud beserta ulama yang sependapat dengannya iaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

          Untuk maklumat tambahan, sila klik sini dan sini.

          PUASA HARAM

          • Puasa Hari Syak pada hari 30 Syaaban
          • Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
          • Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
          • Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
          • Puasa sunat seorang isteri tanpa kebenaran suami
          • Puasa bagi orang yang bimbang berlaku mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa.
          • Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah S.W.T
          • Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan puasa bagi Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah namun haram bagi yang menunaikan haji di Arafah pada tarikh tersebut.

          PUASA MAKRUH
          • Puasa pada hari Jumaat secara berasingan. Tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya.
          • Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya dia ingin berpuasa sunat.
          • Puasa terus menerus sepanjang tahun

          Tiada ulasan:

          Catat Ulasan

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...