Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Iblis terlalu kuat ?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian. Setelah sekian lama tidak meng"update" blog ne, akhirnya hari ini ditakdirkan tangan ini rajin untuk menekan keyboard laptop yang huruf-hurufnya sudah mula pudar dek kerana terlampau kerap ditekan. Bukan terlalu banyak assignment, tetapi terlampau melayan game.. :)




Kembali kepada tajuk artikel kali ini. "Iblis tak kuat??" mesti sahabat sekalian tertanya-tanya apa yang akan dibicarakan kali ini. Sebenarnya ana hanya ingin berkongsi sedikit maklumat yang ana baru dapat petang tadi sewaktu menonton siaran TV Al Hijrah kat rumah :) Kalau tak silap, tajuk program yang disiarkan petang tadi ialah "Madrasah Akhlak".

Ustaz  Madrasah Akhlak tu kata (xtahu nama :D) sebenarnya Iblis itu tak hebat walaupun kita tahu Iblis dan konco-konconya berjaya menyesatkan atau melalaikan umat manusia. Semua ini kerana Iblis itu juga makhluk ciptaan Allah. Dan sebaik-baik ciptaan Allah itu adalah manusia. Tak percaya? Allah S.W.T berfirman dalam surah At Tin ayat 4 :
 لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya

Jadi, apa punca manusia dapat diselewengkan akidahnya? Bagaimana dengan mudah Iblis dan konco-konconya dapat melalaikan kita? Jawapannya terletak dalam diri kita. Ustaz kata, kelemahan kitalah yang membuatkan Iblis berjaya dengan cemerlang dalam misinya untuk menyesatkan umat manusia dari mengenal Allah, pencipta segala makhluk, dan mengingkari perintahnya.

Ingatlah bahawa Iblis tidak kuat, hanya disebabkan kita lemah, Iblis mampu menggoda kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menguatkan diri kita agar Iblis dan konco-konconya yang dilaknat Allah tidak dapat mendekati kita.


Akhir kata, manusia kuat = Iblis menangis :D



2 ulasan:

  1. Ahsanta! Entry kali ini mampu membuka minda sy..
    sbb slma nih rasa mmg Iblis tu kuat..tapi hakikat sebenarnya,kita sendiri yg membuka ruang utk Iblis jadi kuat..dorg xkn kuat klu kita kuat... :D

    BalasPadam
  2. Ahsanta! Entry kali ini mampu membuka minda sy..
    sbb slma nih rasa mmg Iblis tu kuat..tapi hakikat sebenarnya,kita sendiri yg membuka ruang utk Iblis jadi kuat..dorg xkn kuat klu kita kuat... :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...