Assalamualaikum
sahabat-sahabatku sekalian. Setelah sekian lama tidak meng"update"
blog ne, akhirnya hari ini ditakdirkan tangan ini rajin untuk menekan keyboard laptop yang
huruf-hurufnya sudah mula pudar dek kerana terlampau kerap ditekan. Bukan
terlalu banyak assignment, tetapi terlampau melayan game..
:)
Kembali
kepada tajuk artikel kali ini. "Iblis tak kuat??" mesti sahabat
sekalian tertanya-tanya apa yang akan dibicarakan kali ini. Sebenarnya ana hanya
ingin berkongsi sedikit maklumat yang ana baru dapat petang
tadi sewaktu menonton siaran TV Al Hijrah kat rumah :) Kalau tak silap, tajuk
program yang disiarkan petang tadi ialah "Madrasah Akhlak".
Ustaz
Madrasah Akhlak tu kata (xtahu nama :D) sebenarnya Iblis itu tak hebat
walaupun kita tahu Iblis dan konco-konconya berjaya menyesatkan atau melalaikan
umat manusia. Semua ini kerana Iblis itu juga makhluk ciptaan Allah. Dan
sebaik-baik ciptaan Allah itu adalah manusia. Tak percaya? Allah S.W.T
berfirman dalam surah At Tin ayat 4 :
لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم
Maksudnya
: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya
Jadi, apa
punca manusia dapat diselewengkan akidahnya? Bagaimana dengan mudah Iblis dan
konco-konconya dapat melalaikan kita? Jawapannya terletak dalam diri
kita. Ustaz kata, kelemahan kitalah yang membuatkan Iblis berjaya dengan cemerlang dalam misinya untuk menyesatkan umat manusia dari mengenal Allah, pencipta segala makhluk, dan mengingkari perintahnya.
Ingatlah bahawa Iblis tidak kuat, hanya disebabkan kita lemah, Iblis mampu menggoda kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menguatkan diri kita agar Iblis dan konco-konconya yang dilaknat Allah tidak dapat mendekati kita.
Akhir kata, manusia kuat = Iblis menangis :D
Ahsanta! Entry kali ini mampu membuka minda sy..
BalasPadamsbb slma nih rasa mmg Iblis tu kuat..tapi hakikat sebenarnya,kita sendiri yg membuka ruang utk Iblis jadi kuat..dorg xkn kuat klu kita kuat... :D
Ahsanta! Entry kali ini mampu membuka minda sy..
BalasPadamsbb slma nih rasa mmg Iblis tu kuat..tapi hakikat sebenarnya,kita sendiri yg membuka ruang utk Iblis jadi kuat..dorg xkn kuat klu kita kuat... :D