Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

5 perkara untuk menjadi seorang muslim yang sebenar

1. Meninggalkan segala maksiat.

Firman Allah Taala bermaksud “sesungguhnya solat itu mencegah kejahatan dan kemungkaran”. Apabila solat seseorang itu tidak mencegah kemungkaran, maka solatnya itu sebenarnya menjarakkannya dari rahmat Allah.




2. Redha dengan sebarang ketentuan Allah.



Berasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Allah. kadar usaha yang dilakukan tanpa rasa tamak haloba. Boleh membezakan diantara keperluan dan kehendak. Seseorang itu berasa senang dan tidak tertekan dalam usaha mencari rezeki sekadar memenuhi keperluan, akan tetapi sikapnya berubah menjadi tidak puas, tidak tenteram dan sentiasa terkejar-kejar apabilacuba memenuhi kehendak hati. Ini merupakan satu titik permulaan kepada sikap tamak haloba, bermegah-megah dengan kekayaan, berlumba-lumba mengumpulkan harta dan lain-lain. Kita tidak boleh terlalu merendah diri, dan juga tidak boleh berbangga dengan status di dunia ini, sebaliknya berasa senang dan puas hati dengan apa yang telah ditentukan untuk kita. Rupa paras, status, darjat ,bentuk fizikal dan sebagainya. Bersyukurlah kepada Allah dan berusahalah mencapai kejayaan dalam hidup.

3. Berbuat baik kepada jiran tetangga.

Terdapat 3 jenis jiran tetangga yang perlu kita tunaikan hak mereka yang berbeza antara satu sama lain iaitu:
  • Jiran tetangga berlainan agama (bergaul dgn baik dan menunaikan hak seorang jiran dengan sempurna.)
  • Jiran tetangga semuslim (tunaikan hak sebagai seorang jiran dan melibatkannya dalam soal-soal keagamaan seperti jemputan aqiqah dan sebagainya.)
  • Jiran tetangga seIslam dan waris ataupun keluarga ( selain dari 2 hak diatas, mendahulukan mereka dalam soal muamalah dan dalam hal-hal kekeluargaan)


4. Kasih-sayang terhadap muslim lain seperti kasih kepada diri sendiri.

Berkongsi rasa gembira dan duka bersama dengan orang lain. Kita gembira apabila mendapat sebarang keuntungan, maka bergembiralah apabila orang lain memperolehinya. Kita bersedih apabila ditimpa kerugian, maka berdukalah apabila orang lain ditimpa kesusahan. Elakkan sebarang rasa dengki dan tidak senang membuta-tuli terhadap pencapaian orang lain.

5. Kurangkan ketawa.

Ketawa merupakan ubat atau penawar jiwa dalam mengharungi suka-duka kehidupan, akan tetapi ubat yang menjadi penawar akan bertukar menjadi racun yang berbahaya apabila terlebih dosnya. Ketawa yang berlebihan boleh mematikan nur dalam hati, menyebabkan kurangnya kesedaran diri. Menangislah, kerana ia mampu mengingatkan kita kepada hari-hari kematian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...