Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

WANITA ISLAM MITHALIYYAH

Rasulullah SAW bersabda :

"Empat perkara dari kebahagiaan (yang membahagiakan) adalah wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang soleh dan kenderaan yang baik. Manakala empat perkara dari nasib malang adalah tetangga yang jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kenderaan (yang sering) rosak dan tempat penginapan yang sempit."

Dan dalam sabda baginda yang lain :

"Dunia semuanya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."

Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang mempunyai empat ciri-ciri iaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk ditemui. Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk pada realiti.

Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh, dipilih wanita yang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang boleh membawa keberkatan kepada seseorang lelaki. Rasulullah SAW bersabda :

"Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang solehah. "

Baginda menerangkan lagi dalam sabdanya :

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya; maka pilihlah yang (kuat) beragama nescaya kamu beruntung."



Menurut Rasulullah SAW, ini menunjukkan bahawa mithaliyyah yang dimaksudkan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang selaras dengan nas-nas syarak. Memang kesempurnaan peribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi ikutan bagi insan.





From: "Siti Hanim binti Yunus @UPJMETRO" <HanimYu@csd.tnb.com.my>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...