Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Konspirasi Illuminati dan Dajjal

Assalamualaikum..



Sebuah video "Dunia Akhir Zaman" daripada Youtube yang dimuat naik oleh Syed Syafiq.

Sinopsis Video

Permulaan video dipaparkan bagaimana sebuah konspirasi bertaraf dunia memutar belitkan sejarah manusia yang dikatakan bertitik daripada teori evolusi Charles Darwin, yang menyatakan manusia ini berasal daripada evolusi monyet yang membawa kepada pembinaan sedikit demi sedikit ketamadunan manusia yang dikatakan bermula dari Zaman Paleolitik ataupun Zaman Bat, kemudiannya kepada Zaman Neolitik, Mesolitik, Logam sehingga ke zaman yang kita sedang nikmati sekarang ini.

Editor video menyangkal kesemua teori ini berlandaskan ilmu Al Quran yang banyak menceritakan perihal ketamadunan manusia yang berasal daripada penciptaan Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi Muhammad sebagai nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah. Editor menyatakan bahawasannya Allah telah menjadikan zaman para nabi ini sebagai ukuran bagi menentukan garisan ketamadunan manusia.

Video ini juga banyak memaparkan bukti-bukti kecanggihan dan kemajuan manusia yang dikatakan berasal dari Zaman Batu yang boleh dijadikan hujah untuk mematahkan teori yang dicipta oleh para penyembah syaitan yang sedang bergiat aktif menjalankan perancangan sistematik mereka.

Selain itu, editor juga mengaitkan bagaimana segala apa yang berlaku di dunia hari ini sebenarnya telah diatur oleh pengikut-pengikut Dajjal yang menantikan saat kemunculan penyelamat mereka itu. Bagaimana isu Osama Laden dan Hizbullah diwujudkan, pakatan Iran, peristiwa 11 September, dan sebagainya dipaparkan didalam video bagi memberikan kesedaran kepada umat manusia pada hari ini mengenai adanya satu organisasi jahat yang sedang bekerja keras bagi menjayakan misi dan visi mereka iaitu Illuminati.


Video ini juga memaparkan bagaimana suatu hari nanti, zaman kegemilangan Islam pasti akan tertegak mengatasi segala keburukkan yang berlaku di muka bumi ini. Ingin tahu selanjutnya? Silalah tonton video di atas.


Ulasan ana

Video ini sangat menarik kerana ianya mungkin boleh membuka minda dan pandangan umat manusia yang benar-benar inginkan kebenaran tertegak dan menghayati video di atas. Mengenai keadaan bagaimana ana terlintas untuk menonton dan mengarang artikel ini pula, semuanya bermula apabila salah seorang abang ana meminta pendapat ana mengenai sebuah video yang terdapat di dalam youtube, video di atas, dan memberikan linknya kepada ana untuk mengetahui adakah ianya berkaitan dengan politik ataupun sebaliknya.

Bagi pendapat ana, apa yang diceritakan oleh editor video dengan fakta-fakta sejarah ketamadunan manusia pada awal tayangan ini sememangnya benar dan ana tidak menyangkal berkemungkinan sememangnya ada satu konspirasi bertaraf dunia yang menjadikan pelajaran sejarah yang diajar kepada umat manusia terutamanya kepada rakyat Malaysia semasa di sekolah menengah. Adakah manusia yang lebih awal diciptakan oleh Allah sebelum Nabi Adam? Jawapannya pasti tidak ada. Nabi Adam pada awal penciptaannya telah diajarkan “nama-nama” yang pastinya telah menjatuhkan hujah mengenai teori manusia di Zaman Batu yang tidak pandai berkata-kata dan berkomunikasi.

Persoalan yang mungkin timbul, pada awal penciptaan Nabi Adam, para malaikat dan Iblis tidak bersetuju dengan Allah mengenai penciptaan manusia kerana takut dunia ini akan dirosakkan oleh manusia. Adakah pernah berlaku sesuatu kepada dunia ini sebelum penciptaan Nabi Adam? Hanya Allah yang mengetahuinya.


Kesimpulannya, ana bersetuju dengan apa yang dibawa oleh editor dan berani untuk menyatakan bahawa berkemungkinan besar sesuatu sedang berjalan berdasarkan perancangan licik para penyembah syaitan yang sedang menantikan hari kemenangan mereka apabila Dajjal muncul di dunia ini. Walauapapun yang berlaku, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan lagi iman kita agar kita tidak mudah tewas dengan kejahatan yang berlaku. Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...