Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Gaza (17 November)

Assalamualaikum..



Ana cuba berkongsi maklumat yang ana dapat daripada beberapa pembacaan ana di laman sesawang malam ini.

16 November : The Star Online, sebuah akhbar online, menyatakan 22 Terbunuh, 8 daripadanya adalah tentera, selebihnya adalah orang awam. Daripada 14 orang syahid tersebut, 7 daripadanya adalah kanak-kanak dan seorang wanita mengandung.

17 November : Fakhrul Ezam, rakan Facebook, mengatakan bilangan syahid di Gaza telah meningkat kepada 24 orang. 8 darinya adalah kanak-kanak, 3 wanita, dan 4 golongan yang berusia. Selebihnya adalah pemuda. Jumlah yang cedera dianggarkan seramai 270 orang. Jumlah kanak-kanak yang cedera adalah seramai 101 orang, wanita 96 orang manakala selebihnya golongan pemuda.

Kelmarin seluruh dunia menyaksikan kebangkitan manusia untuk menyelar tindakan kejam Rejim Zionis dengan perhimpunan diadakan dikebanyakkan negara di dunia seperti Malaysia, Mesir, dan lain-lain termasuklah Amerika Syarikat sendiri. 

Perhimpunan di Mesir

Perhimpunan di England

Perhimpunan di Malaysia
Layari blog Superman pakai songkok untuk melihat foto-foto kebangkitan manusia yang sedar mengenai kekejaman yang berlaku di Gaza.


Perhimpunan yang berlaku di Malaysia

Alhamdulillah, ada satu lagi berita yang menarik iaitu Presiden Mesir, Dr Mohammed Morsi, mengeluarkan amaran keras untuk bersama-sama dengan bangsa Arab yang lain menentang kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Zionis..

“I repeat my warning to the [Israel] attackers that they will never have power over the people of Gaza, Egypt will not leave Gaza alone. I speak on behalf of all of the Egyptian people that Egypt today is different from Egypt yesterday, and the Arabs today are different from the Arabs of yesterday.”

"Mesir hari ini berbeza dengan Mesir kemarin (Zaman pemerintahan Hosni Mubarak), dan bangsa Arab hari ini berbeza daripada bangsa Arab kemarin" - Presiden Mesir -



Allah sentiasa bersama kamu wahai muslimin muslimat Palestin.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...