Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Melakonkan babak solat


Tanggal 03 November yang lepas, sekali lagi ana diberikan peluang untuk menimba pengalaman sebagai seorang yang “garang” bagi adik-adik yang bergelar pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Bawah Bayu ini . Tidak kisahlah segarang mana, yang penting pengalaman sedemikian sememangnya membantu diri yang kerdil ini lebih memahami dan mengenali dunia yang penuh dugaan ini.


Allah itu Maha Agung. Disaat diri ini ingin kembali ke kawasan kediaman semasa program masih berlangsung, Allah titipkan perasaan “berat hati” kepada diri ini untuk meneruskan niat dihati. Rupa-rupanya, Allah ingin menunjukkan sesuatu yang sangat bermakna bagi ana. Ana diberikan ruang untuk melihat sejauh mana kefahaman anak-anak muda hari ini mengenai Islam. Diri ana ini tergamam seketika melihat gelagat mereka.

Memang diakui bahawa apa yang mereka lakukan itu tidaklah besar ataupun buruk dari pandangan, akan tetapi apabila dilihat secara lebih teliti menerusi pandangan Islam, perbuatan itu akan mendatangkan kemudharatan. Artikel kali ini bukanlah berniat untuk memburukkan sesiapa, akan tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman sebenar yang berlaku. Namun, segala perancangan Allah sangat cantik. Ana diberikan peluang untuk menjelaskan segala yang ana tahu kepada mereka dengan cara yang sangat terhormat bagi diri ana. Mesti pembaca ingin tahu apa yang berlaku kan?





Dalam Islam, hiburan itu dibenarkan atas dasar untuk merehatkan diri, bukan melalaikan diri daripada melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Sudah menjadi lumrah sesuatu program mesti diadakan malam penghayatan/kesenian/kebudayaan. Hari itu, ana dipersaksikan dengan lakonan solat yang dilakukan oleh peserta. Mesejnya sangat baik, menyentuh qalbu, namun apa yang tidak boleh itu tetap tidak boleh.

Ana pernah terbaca dalam satu artikel mengenai persoalan melakonkan babak solat didalam drama. Jumhur Ulama mengatakan ianya haram melainkan untuk mengajar orang contohnya seorang guru menunjukkan cara solat yang betul kepada anaknya. Klik sini.

Pasti seseorang akan tertanya-tanya mengenai babak solat yang selalu dilakonkan dalam dunia perfileman negara. Ana pernah diberitahu seorang rakan bahawa apa yang dilakukan oleh para pelakon yang bersolat itu merupakan solat sunat yang mereka betul-betul lakukan dan dipendekkan menggunakan kaedah penyuntingan filem, bukan perbuatan solat mereka. Jadi, ianya tidak mempunyai apa-apa masalah.

Permasalahan lain yang mungkin timbul ialah mengenai jelmaan watak syaitan, berlakon sebagai Nabi dan sahabat baginda memegang watak sebagai seorang yang kafir. Kesemua yang telah disenaraikan adalah tidak boleh dilakukan menurut para ulama. Perkara yang lain ialah tidak boleh berlakon sebagai watak berlawanan jantina, tidak boleh melakonkan perkara yang diharamkan seperti menipu, mengumpat dan lain-lain serta tidak boleh melakonkan praktikal ibadah secara tidak betul atau salah. Klik sini.

Selain itu, harus diingat bahawa lakonan itu seharusnya tidak mempunyai unsur maksiat dari awal lagi. Misalnya, tiada adegan di kelab malam, menari dan berpegang tangan dengan bukan mahram.

Apa yang ana tuliskan ini bukanlah apa yang ana lihat pada hari itu. Namun bak kata orang, sharing is caring. Tidak salah kita berkongsi sesuatu yang baik lebih-lebih lagi sesuatu yang boleh mengembalikan manusia kepada agama Islam. Akhir skali dari ana, tugas untuk berdakwah itu bukannya tergalas dibahu para ustaz dan ustazah sahaja, namun wajib ke atas semua umat manusia yang mengaku dirinya adalah seorang Islam. Wallahu a’lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...