Assalamualaikum.. Apa yang boleh dikatakan adalah angka kematian para syuhada di Gaza semakin bertambah.
TV3 melaporkan bahawa angka kematian rakyat Gaza meningkat kepada 48 orang. Separuh daripada mangsa kekejaman Israel adalah orang awam termasuk 12 kanak-kanak.
Sejak ketegangan bermula Rabu lalu, Israel telah melancarkan lebih 950 serangan udara. Hari ini, Puluhan ribu anggota tentera rejim pula bergerak ke arah sempadan Gaza membangkitkan kemungkinan akan berlaku pencerobohan darat. Kerahan tentera rejim ini turut merangkumi 75,000 anggota simpanan di bawah kempen yang didakwa bagi menghentikan serangan roket dari Gaza.
Tanpa menghiraukan kawasan awam, serangan udara tentera rejim terus mencari sasaran yang didakwa adalah lokasi simpanan senjata Hamas dan kemudahan roket bawah tanah. Tidak terkecuali Rafah, sempadan Gaza-Mesir, di mana terdapat ratusan terowong bawah tanah yang menjadi laluan penduduk Palestin mendapatkan bekalan luar.
![]() |
Bangunan kerajaan yang runtuh |
![]() |
Rombongan Delegasi daripada Tunisia |
Menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza, kompleks bangunan kerajaan dibedil ketika kebanyakan penduduk Islam Palestin sedang menunaikan solat subuh. Impak bedilan peluru berpandu tentera rejim juga memusnahkan dua kemudahan keselamatan Hamas dan bangunan ibupejabat polis di Gaza City.
![]() |
Antara serangan yang berlaku di Gaza |
![]() |
Sudut pandangan yang berbeza |
Sebuah masjid di tengah Gaza tidak terkecuali menjadi sasaran, bagaimanapun tiada laporan sama ada terdapat anggota Hamas atau kemudahan senjata di situ.
Fatwa Ulama Arab (2008)
Seorang ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Awad al-Qarni mengeluarkan fatwa supaya serangan ke atas rakyat Israel dilakukan di mana-mana lokasi di dunia bagi membalas dendam berhubung serangan rejim Zionis di Gaza.
“Semua kepentingan (Israel) dan apa jua yang berkaitan dengan Israel di mana-mana lokasi adalah dibenarkan untuk menjadi sasaran (serangan) orang Muslim. Mereka (rakyat Israel) sepatutnya menjadi sasaran. Darah mereka sepatutnya ditumpahkan seperti mana darah saudara-saudara kita di Palestin ditumpahkan. Mereka (rakyat Israel) perlu berasa kesakitan seperti saudara-saudara kita”
![]() |
Demostrasi yang berlaku di Athens |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan