Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

SOLIDARITY FOR PALESTINE..

Assalamualaikum...

Percaya atau tidak, tidak semua umat Islam hari ini sedar bahawa hari ini adalah tahun baru Hijrah. Bukan mahu memburukkan umat Islam, tetapi inilah hakikatnya. Tahun Hijrah, tidak ramai yang ingat. Tetapi jika tahun Masihi, tidak ramai yang tidak ingat. Inilah masalah umat hari ini.


Di awal tahun 1434 Hijrah ini kita dikejutkan dengan berita mengenai serangan yang dilakukan oleh pihak Israil LAKNATULLAH ke atas kaum muslimin di Gaza. Serangan ini dikatakan dilakukan oleh pihak Israel LAKNATULLAH di atas kematian 3 orang Yahudi Israel yang menjadi mangsa serangan roket daripada Tentera Hamas.



Menerusi BBC, dilaporkan tentera Hamas menyerang sebuah kawasan yang bernama Kiryat Malachi dengan serangan 200 roket, yang mana 145 daripadanya dimusnahkan oleh “Iron Dome Interceptor System”. Namun persoalannya, mengapakah berita kematian 3 orang Yahudi ini dibesar-besarkan sehingga menutup serangan tentera Israel yang membawa angka kematian di Palestin lebih besar, yang telah meragut nyawa seorang pemimpin Palestin dan 7 nyawa orang awam termasuk 2 orang kanak-kanak.

Penduduk Palestin membantu memadamkan api selepas serangan udara Israel ke atas kereta komander tertinggi Hamas di Bandar Gaza, 14 November, 2012. — Gambar Reuters


Bangkai kereta Komander Tertinggi Hamas

Budak ini yang lancar Roket? Mampukah dia?

Marilah kita bangun, bangkit menentang kezaliman yang berlaku. Tidakkan kalian sedih melihat saudara kita ditindas begitu sahaja? Dikala kita sedang bergembira, mereka berduka diatas kehilangan ahli keluarga mereka. Dikala kita sedang tidur nyenyak, mereka berjaga ketakutan. Doakan keselamatan saudara kita di sana.

Pihak kerajaan telah mengeluarkan kenyataan yang mengutuk perbuatan Israel LAKNATULLAH ini. Pihak kerajaan juga mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan ke atas perbuatan Israel LAKNATULLAH. Tidak ketinggalan para mahasiswa terutamanya pihak Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) juga turun padang menyelar tindakan Israel LAKNATULLAH dengan melakukan perhimpunan di hadapan pusat membeli belah di Kuala Lumpur dan akan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat serta akan bertemu dengan kedutaan Mesir dan Turki bagi meminta kedua-dua kerajaan tersebut membantu penduduk Palestin.

Gambar ini diambil daripada seorang sahabat. Marilah kita sama-sama berjuang demi Palestin.


InsyaAllah artikel ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...