Firman Allah S.W.T

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
-Surah Hud :113-

Siapa Wahabi - Bahagian 1



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم سموا

Alhamdulillah, setelah lebih kurang setahun ana menghilangkan diri (disebabkan kesibukkan), akhirnya ana muncul semula didalam blog ini. In sha Allah, blog ini akan terus aktif selepas ini kerana admin bercadang untuk membawa masuk seorang lagi blogger (tak terkenal sebab blog dia hidden) ke dalam bblog ini sebagai salah seorang penulis. Sekurang-kurangnya blog ini akan terus memberikan manfaat kepada semua, In sha Allah. Selain itu, admin juga akan mendapat motivasi untuk terus aktif sebab dah ada partner. Nanti kita akan perkenalkan blogger tersebut sebab hari ini ana nak bawakan 1 tajuk yang cukup popular pada hari ini.

 " Siapa Wahabi ? ", satu tajuk yang sangat sukar untuk difahami kerana masih kurang buku-buku yang mengkaji mengenainya. Alhamdulillah ana diberikan peluang dan ruang untuk sedikit sebanyak mengenali golongan yang dikatakan sebagai Wahabi ini sebab semester ini ana ada kelas Pengajian Aqidah.
وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار 
Maksudnya : “Setiap bid'ah itu adalah sesat, dan setiap yang sesat itu adalah di dalam neraka” 



Kenapa ana bawakan hadis di atas? Hal ini adalah kerana ianya sangat berkait rapat dengan tajuk yang akan ana huraikan selepas ini.  Merujuk kepada permasalahan aliran pemikiran Wahabi yang berlaku di Malaysia pada waktu ini, permasalahan terbesar yang berlaku ialah penerimaan golongan wahabi ini terhadap adat dan juga amalan yang dikaitkan dengan masalah bid’ah. 

Apa yang berlaku di negara kita tidaklah sampai mencapai tahap bunuh membunuh akan tetapi ianya sudah mula menyalakan api pergaduhan sesama Islam dan mengakibatkan pertelingkahan dan perpecahan umat Islam. Ana khuatir sekiranya perkara ini terus berlanjutan, ianya akan membawa kepada isu kafir mengkafir seterusnya kepada pembunuhan sesama islam walaupun hari ini sudah mula berputik benih-benih kafir mengkafir sesama islam. 

Artikel kali ini akan cuba mengupas siapa sebenarnya yang dikatakan sebagai golongan Wahabi dan apa sebenarnya permasalahan yang dibawa oleh golongan ini sehinggakan ianya boleh menimbulkan kekecohan dan huru hara seperti mana yang pernah berlaku suatu masa dahulu. 

In sha Allah, tajuk ini akan dibincangkan dengan menyentuh asal usul mereka dan juga permasalahanan yang berlaku serta tokoh-tokoh ilmuan yang dikatakan sebagai tokoh Wahabi ini. Ana tidak akan masukkan tajuk ini dalam satu artikel sahaja agar mudah untuk dijadikan rujukan. 

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...